Monday, 26 November 2012

Hati ? pasal cinta lagi kah ??? :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih :)


Alhamdulillah, diberi peluang untuk bernafas sekali lagi di bumi Allah ini :) Alhamdulillah.

Hari ini bermula semester baru bagi pengajianku , gembira . Masih tak peercaya yang akhirnya sudah di akhir semester . Result belum keluar lagi . Allahurabbi . segalanya berserah sahaja . Apa yang Allah bagi pasti yang terbaik. Terima dengan redha :)  ( kes pujuk hati sendiri ..ngeh3).

Acctualy, post kali ini bukan pasal Hati . yes. once again. HATI. 

Allah yang memegang hati manusia . Dia berhak membolak balik, melurus atau membengkang bengkong kan hati kita . ( totally fail punya bahasa ==') . yes for sure , hati ini Allah yang punya .

bila bicara soal hati. MAK AIII!!! pasai cinta ka lagi neee?? opsss.. tidak2. kerana Hati bukan pasal cinta sahaja . ( cinta terusss ) . 

sesungguhnya manusia akan diuji dengan apa yang mereka katakan .

yes .benar . maka hati2 bila berkata .
Allah larang kita mengumpat . sebab boleh jadi apa yang kita umpatkan kena pada batang hidung sendiri . 
alaa~ orang sekarang .. kalau kena pada org lain,, sibuk mengumpat, mengata org.. bila kena pada diri .. 
mulalah salahkan tuhan. Aduhai hati .

Setiap hari hati kita berfungsi dengan jayanya kerana Allah . Tapi manusia yang sombong lagi angkuh ini lebih suka mengunakan hati sebagai tempat pengisian dosa ==' . tak paham?? biar saya jelaskan... jeng3 .. ok2. 

hari2, nampak nampak orang pakai baju menyerlah sangat ..
" amboi,, baju giler2 menonjol.macam trafic light ... bikin maluu sejaa ..."

nampak artis di tv ( ngam2 x minat artis tu )
" OMG, benciiiinya tengok si  . . . . . . .  tuuu~dahla rampas suami orang, seksi pulak tuu..."
--ehem3, macam je dia bezfren artis tu,tau je dia merampas.. seksi? doakan la si artis tu--


nampak orang berubah.. dari baik ---> kurang baik.
" ya ampunnnn~ dulu si . . . . .  .. tu hebat siot berkata2,jangan itu la jangan ini la.. alim jeee..tudung labuh..siap pakai jubah 24 jam, sekarang..hmmmm! tudung dah macam sarang lilit tebuan ...
--sesungguhnya perubahan itu ujian buat si Dia--

nampak yang kurang baik ----> yang baik
" elehhh~ dia tuuu, trip2 baik je.. padahal.. hmmm..konon la alim.."
---suka suki judge orang .. ==' --


ok2,jangan kata benda ne tak terjadi dalam kehidupan seharian . 

Manusia tidak pernah berpuas hati dengan apa yang dia ada. dan tidak akan puas hati bila orang lain lebih hebat dari dia .
inilah ciri2 orang yang tidak bahagia.

kalau kita terima semua masalah dengan berlapang dada, InsyaALLAH,semuanya dipermudahkan Allah .
kalau semua benda di mata kita terlihat teruk, maka semua akan jadi teruk .
berlapang dada, sentiasa positive .( macam lari topic ==")

pernah saya terbaca di buku Hilal asyraf , mohonlah pada Allah agar di anugerahkan hati baru setiap hari,kerana hati kita setiap hari dicemari dakwat2 pena dosa yang dikarang tanpa henti . pendosa tegar .

Hati . HATI . DUHAI HATI .


jika hati sudah mulai lupa pada ALLAH, maka semuanya tidak akan menjadi .percayalah .
kerana Hati ini Allah yang punya . 
jika hari ini kita bangga bertudung labuh,berkopiah..maka tidak mustahil satu hari nanti Allah tukar kan kita kepada sesuatu yang tidak terjangka . KUN FAYAKUN.

menilai baik buruk seseorang itu bukan tugas kita . Melainkan Allah . siapalah kita mahu menilai orang lain sedangkan kita sendiri tidak pernah menilai diri sendiri . 

sibuk memcari kesalahan orang lain. sedang diri sendiri dilanda ombak badai .( kalah ombak rindu)

sibuk membuka aib orang, sedang Allah berpesan pada kita sejak awal .. tutup aib saudara kita, pasti Allah tutup aib kita juga.

kalau la dosa boleh di hidu, mesti semua kita ne mungkin bau bangkai . Astagfirullah :( tapi jujur .
tapi Allah maha penyanyang . so semua Aib kita ditutup dengan haruman2 dunia ini .

Ampunkan hamba yang berdosa ini. ALLAHURABBI:(

pesan buat sahabat dan diri ini , jaga hati . jaga hati. jaga hati . selawat . selawat . selawat .
hati ini Allah yang punya . 
Allah yang punya :) hanya Dia .

==penulisan buat diri,teguran buat hati ini juga=
= penulisan saya yang agak2 brutal ne,minta maaf la kalau kurang difahami.hehehe=


Wednesday, 21 November 2012

buatmu GAZA. mujahideen :)

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih .


Allah . . Allah .. Allah . .

Ya Allah,Sesungguhnya kami
meletakkan-Mu di batang-batang
leher musuh2 kami Dan kami
berlindung dengan-Mu daripada
kejahatan2 merekaYa
Allah,Leburkanlah kumpulan2
mereka Pecah belahkan dan kacau
bilaukan persatuan
merekaGoncangkan pendirian
mereka Dan hantarkanlah anjing2
kamu kepada mereka Wahai tuhan
yang gagah perkasa Wahai tuhan
yang penuh raksasa Wahai tuhan
yang bersifat murka Ya allah Ya
allah Ya allah Ya allah, Wahai
tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan
awan Wahai tuhan yang
menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan
mereka Kalahkan mereka Dan
menangkan kami ke atas mereka.
Qunut nazilah.





sedang kita lena di buai mimpi indah , 


sedang kita tertawa riang , 


sedang kita kenyang menikmati lazatnya makanan, 


ada saudara kita yang masih tertanya , 


apa nasibku hari ini , esok ?




saudaraku , jika di hari pembalasan kelak ,
jika kau bertanya kepada kami , 
dimana kami semua semasa kalian di tindas,
maka , izinkan mulut kami dan tangan ini berbicara ,
hanya doa yang mampu aku sampaikan .

saudaraku ,
luka lama masih berdarah ,
dan kini terus berdarah ,
tapi kalian tetap berjuang ,
demi kalimah LAILAHAILLALLAH .
demi menjadi fisabilillah ,
menjadi syahid di jalan ilahi .

ingin aku menjadi salah seorang dari kalian ,

tapi mampukah aku?
sedang sekecil-kecil jihad belum mampu aku hadapi ,
inikan pula berdepan dengan kekejaman mereka .

para mujahid dan mujahidah ,

jangan risau kerana syurga memang pasti buatmu,
warkah cinta Allah yang kalian perjuangkan ,
sudahpun berbau syurga .

ya ALLAH , Kuatkan mereka .
kuatkan mereka Ya Allah .

hamba lemah ini hanya mampu mengirim doa.


keep pray for them :)

Thursday, 15 November 2012

bekal apa hari ini ?? cuba teka :)

Hari ni sepatutnya jumpa sahabat saya, sahabat yang sangat saya sayangi:) = lillahitaala =

Tapi , hari hujan . Rumah jauh dari bandar . So, terpaksa batalkan niat . Hati sangat rindu mw berjumpa. tapi xdapat :(  sory sahabatku = nurannisa , hastuti , ema, puteri, = Allah jak tau betapa hati ini rindu kalian :) banyak yg ingin ku kongsi denganmu sahabat :)

Hujan rahmat di awal muharram :)  

ok . entri hari ini saya mw crita pasal sahabat2 saya :) 

hehehe..  alkisah ...
saya ada sahabat :) salafus solehah :) = dapat nama ne masa form 5:) =
terdiri dari saya sendiri , nisa,tuti,ema,puteri,jihad,edong and ina :)
start rapat masa form 4. 
ingat lagi dulu , masa masih zaman jahiliyah, ==' allahurabbi.. mereka juga la sahabat saya. 
kami berubah sama2, belajar sama2, makan sama2. 
ingat lagi masa form 5 .. saya, jihad,puteri tinggal asrama , jadi tuti yang selalu bawa bekal ,then kitorang kongsi ramai2. bekal tu satu je. tak tipu :) satu bekal kongsi ramai2.
tiap hari kitorang teka, apa isi bekal tu.. antara nugget,sosej,ayam,ikan,or dim sum:)
paling fav dim sum kot:) hehehee..

rindunya~

lepas makan bekal, its a must untuk pergi ke koperasi sekolah . beli susu dutch lady . tapi saya dgn nisa suka minum teh kundur, teh bunga, atau paling fav teh hijau :) tapi yang lain x suka. hehehe..

rindunyaa~

masa form 5 ne juga la.. turning point bagi saya dan sahabat saya ne:)
first time ikut kris ( kem remaja islam ) . titik permulaan bagi kami semua . 
kem tu mengajar kami banyak perkara , dari sekecil2 perkara sampai la besar2 perkara . alhamdulillah ya Allah :')

form 5 . maksudnya kitorang SPM !! ( dah lepas kot ==')

semua sibuk . tapi masih bantu membantu antara satu ddengan lain . kami yang class science ne amek addmath . and we are totally out .hehehe. sangat teruk . tapi nasib baik ada tuti, tolong2 kitorang , itupun kesedaran muncul selepas satu bulan before spm . teruk . 

akhirnya, spm~
spm~ spm ~ spm ~

tamat spm ~~~ yeeee!!! ( dah habis kot ==')
dapat result.. yeyeyeye~ walau xla full A. tapi kitorang redha . 
akhirnya saya,edong,tuti dapat masuk tempat pengajian yang sama :)
nisa masuk uitm :) puteri and ema amek form 6 :) ina masih form 5.

sekarang ~~ saya masih lagi di sini . belajar .
tuti dah masuk ums. ijazah. edong di selangor . ijazah .
nisa masih uitm . puetri and ema, stpm :)

Alhamdulillah , sampai sekarang masih berhubung , jalan sama2, kongsi masalah sama2. 

betapa persahabatan yang di sulami oleh kasih sayang , mesti dihiasi dan berbau syurga . 
saya harap persahabatan ini akan kekal hingga ke syurga . 
uhibbukifillah sahabat:) sangat2. semoga kenangan kita menjadi bukti kita di akhirat .betapa kita saling sayang kerana Allah :)

walau pernah ukhuwah kita di uji . tapi tetap x boleh marah . macam hilang sesuatu yang bermakna dalam hidup .
kita janji mw belajar dulu , bahagiakan ibu bapa , jadi anak solehah,  jadi muslimah solehah .
lepas tu kawin :) hehehe~
bersyukur pada Allah . dikurniakan sahabat seperti antunna semua . 


ada antara kami yang mula berjinak2 dengan usrah. tudung labuh .
alhamdulillah .
masa di skola dulu kami ne geng2 yang agak ganas . tak layan lelaki . geng no boyfriend .( special bf )
tpi kmi ramai kawan lelaki . geng lagi .
tapi still jaga batas2 pergaulan . and now, masih sama . masih sama .
ayu sikit lah . mungkin .
yang saya pasti,persahabatan saya ini membawa ke arah kebaikan . bila saya ingat kawan saya . saya ingat Allah . kerana mereka saya ingat pada Allah .
jalan sama2, tidur sama2 ( kalau ada masa jumpa :) )
kalau jumpa satu malam tak habis cerita . masing2 dengan gaya masing2 . hebatnya Allah mencipta kita berbeza untuk saling melengkapi . hebatkan ALLAH!! :D

=rindu sangat la ne sampai buat entri pasal dorang :) hehehe. jika anda ada boyfriend/girlfren yang memahami, saya rasa faham seorang sahabat yang disulami keikhlasaan  lagi ohsem .

hebatnya Allah mencipta rasa ukhuwah .
anda mesti ada sahabat juga kn ??

sayang kerana Allah .

syukran kerana membaca :)







Wednesday, 14 November 2012

sahaja aku mencintaiMu :)

sahaja aku mencintaiMu .
cinta?? adihh.. malar pasal cinta...boring laaa(padahal suka :D)

sahaja aku mencintaiMu, tajuk lagu kegemaran saya. penyanyinya DU'A ft ustaz Amal.

Manusia dan cinta, sememangnya tidak boleh dipisahkan . Kita pun antara salah satu bukti cinta.
Allah ciptakan kita dengan penuh specifik,sempurna, tanpa cacat cela ,perfecto! dalam biology (mentang2 amek bio) kita belajar pasal protein synthesis, DNA replication macam2 lagi la pasal badan kita.

tapi, entri kali ne.. pasal lagu kegemaran saya ne.. taip je di youtube, sahaja aku mencintaimu- du'a ft ustaz amal.


Lirik Lagu Sahaja Aku Mencintaimu - Du’a Feat Ustaz Amal

Ku cinta padaMU lebih dari segala-gala
mampukah ku pertahankan cita ini
dalam mengabdikan diri padaMU

Andai ada kata yang lebih baik 
dari ucapan terima kasih
pastikan ku ucap setulus hati 
tanda cintaku padaMU

Lailahaillallah..Allahu Rabbi
Lailahaillallah..Allahu Akhbar

Andai ada hadiah yang lebih baik 
dari melodi syukurku
semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU..

Hasbi Rabbi Jallallah
Ma fi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah..

Setiap hela nafas 
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..
ya Allah...


best kn lirik:) 
ok, i relate this song to us..
dalam sehari, berapa kali anda bersyukur? 1,2,3? 

pernah saya melihat,seorang ibu ditepi jalan, mendodoikan anaknya sambil menjual barang jualannya.. 

anaknya menangis.. tapi sang ibu tetap menyanyi dan terus menyanyi. 
betapa ibu ini berusaha mebuat anaknya terlena.. walau sedang mencari nafkah. ya Allah,betapa aku bersyukur:)
i still have my ummi:)
huuhuhuh:) 


tapi~ Allah lebih sayang pada kita,lebih dari seorang ibu sayang pada anaknya:)


saya bukanlah hamba Allah yang sempurna,24 jam terus ingat padanya. sentiasa buat dosa(pendosa tegar) macam anda semua. kejap insaf , kejap jadi  _________ balik~ =='' Allahurabbi:(


betapa lemah kita ne..

kalau Allah tak bagi nikmat, mampu ka kita bertahan??

ibu bapa pun nikmat Allah, sahabat,ukhuwah pun nikmat Allah.

klik sini :) dengar la..tak menyesal punya.. <-------- klik, lagu yang saya sebut2 tuu~

alhamdulillah.. 3rd entry~

if i merepek~ tegur2 la:)

syukran jazilan. selamat membaca:)

Monday, 12 November 2012

tanpa permulaan, tiada hasilnya :) my starting.

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang :)

akhirnya, selepas berfikir,datanglah keberanian diri ini .
hati ingin menyampaikan , tapi i am not too good in writing~ ayat bunga2 i mean:D

for my first , insyaAllah, hajat saya buat blog sbb mau share apa yg saya tahu dengan sahabat2 semua . share pandangan,akal fikiran,pengetahuan dan mcm2 la:)
sesungguhnya ilmu itu baiknya di kongsi :)

insyaAllah, dalam coretan2 saya di sini, i will talk about all things. 
terutama pasal hati ( kot ) ^^

kekuatan saya untuk mencoret di sini ditambah apabila membaca blog fav blogger saya ,
aiman azlan , hilal asyraf ,fatimah syarha and dr.cinta punya blog :) (they are to goooodd!! )
semoga tangan ini dianugerahkan ilham yang bermanfaat seperti mereka:) allahumma amin:)

kepada sahabat2 saya yang banyak memberi sokongan.. syukran jazilan:)
 dengan ini, saya akan memulakan coretan2 di dinding2 ini:)

hanya hamba ALLAH, dan selamanya menjadi hamba ALLAH.


p/s : my second post .  coming soon :)